Sekepingkad

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekeping Kad adalah satu jenama di bawah kumpulan Nusan Niaga (001827290-x) yang beroperasi di Sepang, Selangor. Urusniaga Sekepingkad adalah secara atas talian ( internet ). Sebarang urusan yang melibatkan pertemuan, pengambilan dan penghantaran hendaklah melalui janji temu terlebih dahulu untuk mengelak sebarang kesulitan.

Pelanggan dihormati boleh melayari sekepingkad.blogspot.com untuk melihat hasil2 kerja kami sebelum memberi kata putus untuk membuat tempahan. Kami amat menghargainya.

Sekeping Kad hanya menjual rekabentuk kad dan tag tanda nama yang direka sendiri. Kami tidak mengambil kad siap dari mana-mana pengeluar. Kesemua rekabentuk adalah hasil kerja kami sendiri.Kami menghargai hasil kerja kami untuk anda.


Matlamat kami adalah untuk memberikan rekabentuk kad yang ringkas dan menarik serta menjimatkan. Kami berazam memberi kualiti yang sebaik mungkin dan setaraf dengan pengeluar2 kad yang lain walaupun kami meletakkan harga diantara yang terendah di pasaran.

Kami juga mempraktiskan servis Percetakan Mesra Alam  atau Percetakan Hijau ( Green Printing ) untuk sama-sama kita menjaga alam sekitar. Kesemua cetakan kad kami untuk anda menggunakan kaedah Percetakan Hijau.


Semoga kad dan tag nama yang kami pasarkan akan mendapat kepuasan untuk pelanggan2 kami. Kami juga bersedia menerima teguran dan kritik untuk mana2 rekabentuk yang kami keluarkan.

Selamat berurusniaga. Jazakallahuqhairan.

_____________
Hafiz
Pengetua Kreatif
019 283 4356
sekepingkad@gmail.com