Cetakan Hijau

Di Sekepingkad kami mempraktiskan pengamalan Percetakan Hijau ( Green Printing ) dalam usaha bersama untuk mengurangkan kesan pencemaran kepada alam sekitar. Tahukah anda bahawa amalan percetakan tradisional yang kebanyakan pencetak gunakan banyak memberi kesan kepada alam sekitar terutama dalam penggunaan bahan kimia atau bahan asas beralkohol semasa proses cetakan. Dakwat yang berasaskan petroleum yang digunakan oleh kebanyakan pencetak juga membahayakan alam sekitar.

Kami sedar akan masalah bumi semakin tercemar dan kami mengambil langkah menggunakan pendekatan percetakan hijau yang menggunakan dakwat asas soya, percetakan tanpa alkohol dan menggunakan bahan yang dikitar semula dalam merekabentuk dan mencetak kad-kad untuk anda. Secara tidak langsung anda juga membantu menyelamatkan bumi dengan memilih kad-kad keluaran kami.